Gerhana Bulan Penuh



InsyaAllah awal pagi ni kita dapat saksikan gerhana bulan penuh lagi. Rasanya makin lama macam makin kerap kita dapat lihat fenomena ni. Kejap gerhana matahari...kejap gerhana bulan. Waktu kecik-kecik dulu rasa jarang sangat nak jumpa gerhana....rasa 10-20 tahun sekali baru dapat peluang.Masa tu masing-masing sibuk letak besen,baldi tengah laman. Nak tengok bayang gerhana tu. Kalau tak pun cari kain-kain tipis nak cover mata. Mana boleh tengok direct jer..dah lah silau..silap2 mata pun rosak!

Kali ni gerhana bulan penuh jatuh pada 14 Rejab 1432H bersamaan dengan 16 Jun 2011.Dijangka, fenomena ini akan bermula jam 1.25 pagi sehingga pukul 6.59 pagi Tima kasih kat En. Google yg tolong tunjuk jalan. Kita kongsi info yg izan dapat daripada Jakim


Gerhana bulan hanya akan berlaku ketika bulan purnama. Ketika itu bulan berada bersetentangan dengan bumi dan terlindung dan terlindung daripada matahari. Ini bermakna bulan akan memasuki bayang bumi dan menghilang.

Hadis riwayat Muslim yang bermaksud:
Sesungguhnya matahari dan bulan merupakan dua tanda daripada tandatanda (kebesaran) Allah.
Tidak berlaku gerhana pada kedua-duanya kerana kematian seseorang dan tidak pula kerana kelahirannya. Maka apabila kamu melihat gerhana maka bersolatlah dan berdoalah sehingga
kembali terang (hilang gerhana).


Moga kita dipermudahkan untuk sama-sama menikmati kebesaran Allah ini.
Rujuk sini untuk cara solat sunat gerhana.

Ingin mencuba produk Shaklee? Email izan di i_izan@yahoo.com atau sms 012-2767170. Jangan tunggu lagi!! .

Labels: