Mari mengenal sembelit: Tahi merajuk tak mahu keluar?



June 2, 2011 Posted by Joy Kalonas under Health

Ramai yang berasa malu apabila berbicara (mengaku) mengenai sembelit memandangkan perbualan berkenaan tahi ini mungkin dianggap perkara yang tak senonoh, busuk, dan menjijikkan. Tetapi dalam waktu yang sama, ramai di kalangan kita yang mengalami sembelit. Bukankah ini sesuatu yang ironi? Perkara yang sering kali berlaku dalam masyarakat kita, tetapi tidak mahu dibualkan dengan alasan ‘SEGAN’! Oleh yang demikian, aku tergerak hati sedikit untuk menulis entri berkenaan sembelit ini supaya ‘orang-orang yang segan’ ini tahu bahawa sembelit ini bukan lagi sesuatu yang ‘taboo’ untuk dibicarakan.


Setiap orang mempunyai pola berak yang berbeza. Ada yang berak 2 kali sehari, ada yang berak lebih dari itu (diarrhea), ada yang berak sekali sehari (yang ni normal), ada juga yang berak 3 kali seminggu. Kekerapan seseorang itu berak memang berbeza, ini semua orang tahu. Tetapi bagaimana pula dengan situasi yang dikenali sebagai sembelit? Mungkin ramai yang percaya sembelit bermaksud tahi itu tidak terkeluar langsung ketika berak, namun hakikatnya dari aspek perubatan ia adalah situasi di mana seseorang itu pergi ke tandas dengan kadar yang kurang berbanding biasa, atau keadaan dimana seseorang itu sukar untuk melepaskan lawas (berak). Jika kebiasaannya anda berak 4 kali seminggu, namun tiba-tiba pada minggu ini anda hanya berak 2-3 kali sahaja, anda sebenarnya sudah mengalami sembelit!

Makanan yang kita makan, selepas melepasi tahap pencernaan di perut, akan melalui pula laluan usus. Makanan-makanan ini sekali lagi akan melalui proses peristalsis, di mana otot usus akan berkontraksi (kembang kucup secara berritma) untuk menggerakkan makanan ini dari satu titik ke titik yang lain. Sepanjang melalui usus, semua nutrien yang terkandung dalam makanan ini akan diserap ke dalam darah, seterusnya digunakan untuk metabolisma tenaga atau fungsi fisio tubuh badan yang lain, sebelum takdirnya yang terakhir iaitu keluar dari lubang punggung sebagai lawas. Kebiasaannya, lawas manusia akan terdiri (komposisi) dari air, sumber serat yang tak tercerna, lemak-lemak yang tak tercerna, dan jutaan bakteria terutamanya dari jenis E. coli (itu pasal tahi berbau busuk, bakteria dan toksinnya itu berbau busuk). Boleh baca lagi maklumat berkenaan tahi di sini.

Untuk melancarkan proses peristalsis ini, gerakan lawas perlulah cukup besar untuk membantu merangsang kontraksi usus, disamping lawas juga perlulah lembut supaya mudah ‘bergerak’ di dalam usus.


Gejala-gejala umum sembelit adalah meliputi (sekiranya anda mempunyai salah satu daripada gejala ini, maka memang sah anda sudah mengalami sembelit):

  1. Kekerapan untuk berak berkurangan berbanding biasa
  2. Perlu teran sampai muka menjadi merah ketat ketika berak
  3. Terasa sakit ketika berak
  4. Tahi kelihatannya sangat kering dan keras, dah rupa macam tahi arnab atau tahi kambing.
  5. Tidak berasa puas selepas berak – terasa macam ada lagi tahi yang tak keluar.
  6. Teran punya teran, alih-alih seketul tahi pun tak terkeluar. Keluar tandas dengan muka yang hampa.
  7. Kadang-kadang proses meneran itu boleh mengakibatkan pendarahan pada dubur (lubang punggung)
  8. Selain itu, mereka yang mengalami sembelit akan cepat berasa kenyang ketika makan.

Punca-punca umum sembelit meliputi:

  1. Kurang pengambilan air
  2. Kurang pengambilan serat
  3. Kurang aktif
  4. Stres
  5. Malas nak ke tandas
  6. Pandang remeh apabila terasa pola untuk berak itu semakin mengurang
  7. Punca lain termasuklah pengambilan beberapa ubat (seperti ubat penghilang rasa sakit), beberapa keadaan perubatan dan perubahan persekitaran (pergi bercuti).

Cara mudah untuk mengatasi sembelit:

  1. Lakukan senaman secara kerap. Disamping mengurangkasn stres, bersenam juga mampu meningkatkan kadar metabolisma. Apabila metabolisma meningkat, proses peristalsis juga menjadi semakin pantas (cepat berak).
  2. Minum air secukupnya – ramai mengesyorkan untuk minum sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari, tetapi bagi aku, bab minum-minum air ni hanya perlu dengar pada tubuh anda. Minum apabila mula terasa dahaga, dan perhatikan warna air kencing. Sekiranya mula berwarna kuning pekat, perbanyakkan minum air.
  3. Makan lebih banyak serat, termasuk bijirin, roti gandum penuh, nasi, dan sekurang-kurangnya lima hidangan buah-buahan dan sayuran sehari.
  4. Jangan malas nak ke tandas!

Dapatkan nasihat perubatan yang selanjutnya sekiranya sembelit anda adalah pada peringkat yang lebih parah (sakit perut, muntah-muntah, dan lawas mengandungi lendir/darah)
credit 

Ingin mencuba produk Shaklee? Email izan di i_izan@yahoo.com atau sms 012-2767170. Jangan tunggu lagi!!

Labels: ,