Perlukah Vitamin dan Pemakanan Tambahan?

Perlukah vitamin dan pemakanan tambahan? Sedangkan kita masih sihat, tidak sakit dan masih mampu mengambil pemakanan biasa dari sumber semulajadi?

Salah faham terhadap fungsi vitamin sebenarnya berlaku disebabkan ramai yang menganggap vitamin sebagai ‘ubat’. Dan ramai yang berpendapat vitamin hanya perlu diambil oleh golongan tertentu, terutama ibu hamil dan orang sakit. Kerana itulah kita mengalami kekurangan vitamin tanpa sedar.


Pernahkah anda merasa gelisah, stress, penat, letih, lesu, rasa nak marah dan tidak dapat mengawal perasaan? Akibatnya anda bertindak mengikut sedap hati dan tidak dapat berfikir panjang…

Selain dari faktor spiritual, keadan itu juga mungkin disebabkan oleh kekurangan vitamin B1 atau thiamin dalam tubuh anda. Kekurangan thiamin akan menyebabkan antaranya ialah gangguan mental dan emosi. Mudah stress, mudah kecil hati, tidak berfikir panjang, malah mungkin menyebabkan meroyan di kalangan ibu-ibu dalam pantang.


Sumber semulajadi vitamin B1 ini adalah dari roti yang diperkaya, bijirin, kekacang, ikan, daging dan susu.

vitamin B1

Persoalannya, adakah kita dapat sediakan semua bahan makanan tersebut dalam dos yang diperlukan?

Gaya pemakanan kita, gaya hidup kita sebenarnya banyak menyumbang kepada mengapa kita perlukan vitamin. Misalnya dalam makanan yang dibeli terutama makanan segera dan makanan rapu mengandungi kandungan garam yang tinggi. Apabila mengambil kandungan garam tinggi, badan kita secara semulajadi memerlukan air. Pengambilan air yang banyak (tanpa mengambil vitamin) akan membuang Potassium dari badan kita. Kekurangan Potassium akan menyebabkan kita mudah tertekan, penat-penat dan lemah badan.

Saya akui paling banyak yang mengambil vitamin Shaklee adalah dari golongan ibu menyusu, yang bukan sahaja yang mengalami kekurangan susu, malah juga yang mahu menambahbaikan dalam penyusuan seharian. Kesedaran terhadap vitamin dan pemakanan tambahan dari kumpulan yang lain amatlah tipis, mungkin kerana merasakan tiada masalah, maka tidak perlulah vitamin segala.Namun ramai yang tak sedar, pengambilan vitamin, terutama yang bersifat anti-oksidan seperti vitamin C dan vitamin E adalah langkah-langkah yang penting untuk menjalani kehidupan yang sihat.Anti oksidan adalah penting bagi ‘membunuh’ radikal-radikal bebas dalam tubuh kita yang dikatakan penyebab utama penyakit kanser.

Pengambilan anti-oksidan sebenarnya sudah bermula sejak beribu tahun yang lalu, malah di dalam al-Quran menyebut tentang anti oksidan yang ulung iaitu madu lebah. Madu lebah bukan sahaja mengandungi vitamin C dan E malah juga vitamin A, B complex, vitamin K dan mineral2 lain. (Begitu juga dengan makanan2 lain di dalam al-Quran) 

Sebagaimana madu lebah telah menjadi amalan sekian lama untuk mengatasi perkara2 seperti mudah lupa, lemah pemikiran, sumber tenaga… itulah sebenarnya yang terkandung dalam vitamin-vitamin lengkap yang semulajadi seperti Shaklee.


Pengambilan vitamin semulajadi adalah sebagai alternatif, kerana hari ini kita pun tidak pasti akan keaslian sesuatu ‘madu asli’ tersebut. Malah dikatakan madu yang dicampur dengan bahan lain adalah tidak baik untuk kesihatan. Saya sendiri pernah membeli madu berbotol-botol dari kilang pengusaha madu lebah, yang akhirnya diserang semut (madu asli tidak didekati semut).


Jadi bagi mengelakkan perkara sebegini, saya konsisten dengan apa yang saya ambil (vitamin Shaklee) di samping meneruskan pengambilan madu dari Arab sesudu sehari bagi mendapatkan kesihatan dan pemikiran yang mantap.


Sekiranya anda masih berfikir-fikri tentang keperluan vitamin, fikirkan tentang tekanan yang anda hadapi… alangkah seronoknya jika hidup tanpa tekanan. Meskipun kerja dan kehidupan harian sangat memenatkan, namun kita masih boleh ‘enjoy’ kerana keperluan badan dan minda kita dipenuhi. Bila badan sihat dan minda sihat, nak beribadah pun mudah, apa lagi nak bersedekah. Begitu juga dalam persaingan mencari rezeki, tidaklah kita terasa terganggu dengan orang lain kerana pemikiran kita lebih tenteram hasil dari zat yang cukup dan hubungan dengan Allah yang erat.
credit 
Ingin mencuba produk Shaklee? Email izan di i_izan@yahoo.com atau sms 012-2767170. Jangan tunggu lagi!!

Labels: ,