Julai Yang Menguji

Lama sudah tak kita tak berkongsi cerita kat sini. Julai ini sangatlah menguji aku sekeluarga. Mula2 Hadif warded kat Hospital Serdang. Empat hari duduk kat wad...sampai ke sudah tak tahu punca.Takpe lah..yang penting hadif sihat & mama pun tak nak benda tu berulang lagi. Doktor diagnose as paroxysmal event of unknown origin. Nak sebut pun berbelit lidah. Apa yang aku nampak..waktu tu Hadif cam org tgh mamai..langsung tak respons waktu aku panggil. Jirus air pun dia buat tak tau aja. Semua tu jadi lebih kurang 5 minit. On the way ke klinik baru dia mula respos & lepas 15 minit..semuanya ok. Hadif tak demam & alhamdulillah sepanjang 4 hari kat wad pun dia sihat sampai doktor pun pening. Dia saja2 buat lawak jer kot hari tu.. Lain kali, tak payahlah buat lawak lagi ya Hadif..kering darah mama,papa & 'ibu'.
 
Dua hari balik umah, Faiz plak masuk wad.Kali ni kat Az Zahrah. Empat hari juga. Faiz demam,muntah-muntah & cirit birit angkara rotavirus. Aku tak sanggup duduk kat Hospital Serdang. Bukan nak membazir & service kat Hosp Serdang memang tak mengecewakan sepanjang aku & hadif ber'cuti' kat sana.. Tapi aku tak dapat membayangkan macam mana nak menguruskan Faiz & Hadif. Aku juga tak sanggup nak berpisah dgn papa & Alya waktu2 mcm ni. Lega rasa waktu semua bersama walaupun di hospital. Faiz kata seronoklah 'hotel' ni mama.

Bila kat umah,berselang seli adik beradik demam,batuk & selsema. Aku pun hampir2 tergolek sekali.Pi keje pun 7 hari jer bulan ni. Nasib baik gaji bulan...kalau gaji hari..sudah tergolek lagi terduduk lah jawabnya :)


Apa pun, segala yang terjadi pasti ada hikmahnya & buat kami sekeluarga sedar betapa besarnya kuasa Allah. Sampai satu masa,tak ada siapa dapt membantu dan hanya pada Allah saja kita berserah. Pada kawan-kawan dan saudara mara yang sentiasa mendoakan kami...terima kasih banyak2.

Ingin mencuba produk Shaklee? Email izan di i_izan@yahoo.com atau sms 012-2767170. Jangan tunggu lagi!!

Labels: