Suplemen untuk keluarga

Kebetulan atau suratan...hehehe...kesemua isi rumah aku kurus-kurus belaka melainkan aku!
Ketua keluarga,papa sejak mama kenal memang kurus. Tapi,mama selalu dengar orang kata...lelaki bila dah kahwin,berat akan naik. Sudah hampir 9 tahun mama tunggu,papa tak juga gemuk. Kadang2 papa makan lebih banyak daripada mama.

Anak yang sulung, Alya memang bukan jenis suka makan. Lebih tepat lagi memilih makanan. Kalau kena makanan yang dia suka..berpinggan boleh dia makan. kalau yang dia tak suka,jangankan rasa...tengok pun tak mahu.

Anak yang kedua, Faiz sangat suka makan. Daripada celik mata hinggalah pejam mata mesti nak makan. Kalau dapat makan nasi,lauk apa pun tak kisah...Sebenarnya, papa dan faiz lah yang menyebabkan mama sentiasa ber'semangat' nak memasak walaupun letih bila balik kerja. Masing-masing tak memilih dan akan makan apa saja yang mama masak.

Anak yang ketiga, Hadif...baru umur 7bulan..makan bubur pun main2 lagi. Makan kegemaran adalah susu mama sahaja :)Routine check up di klinik kesihatan menyatakan BMI hadif dah abnormal walaupun ada peningkatan berat setiap bulan.

Kenapa semua kurus? Kenapa mama sorang ber'isi'?
Tapi, mama takkan putus asa. Mama juga berpegang pada prinsip..tak apalah kurus janji mereka semua sihat. Baru-baru ni bila Faiz dgn Hadif warded,cuak juga mama...Oleh kerana doktor pun tak dapat jawab persoalan mama,mungkin perubatan alternatif adalah pilihan terbaik. Faiz plak kena tingkatkan lagi penjagaan kebersihan diri. Kena rajin cuci tangan tau!

Hampir sebulan,papa, alya & Faiz consume milk shakes. Setiap hari,mama akan tambah 1 scope milk shake dalam susu diorang. Syukur, alya masih mahu minum susu walaupun dah darjah dua. Kalau nak suruh makan suplemen yang jenis pil memang susah sebab mereka nampak macam 'ubat'. Untuk Hadif, mama  ambil suplemen asas vitalea,vit C,b comp,ostematrix,lecithin,omega guard & alfalfa.Kadang-kadang mama tambah vit E dan zinc. Bunyinya macam banyak tapi mama seronok & yakin ia membantu.

Insyaallah,lepas ni mama nak tambah ESP dan performance drink pula. Persediaan untuk ramadhan :)

Kesannya,takkan nampak dalam sehari dua. Tapi.itu usaha kita untuk kesihatan kesihatan keluarga. Sebulan beratus boleh dihabiskan untuk pelbagai keperluan,jadi apalah sangat suplemen ni kan?

Ingin mencuba produk Shaklee? Email izan di i_izan@yahoo.com atau sms 012-2767170. Jangan tunggu lagi!!

Labels: , ,