Kenapa Perlu Ambil Vitamin


Pencemaran Buah-buahan dan Sayuran

Biasanya,bila nak beli sayur atau buah-buahan,kita akan pilih yang paling segar,tak berlubang2 atau berulat. Tanpa disedari kita telah memilih makanan yang telah'diracun' untuk memastikan ia nampak segar dan sihat. Kalau nak beli yang 'organik' pula harganya tak mampu dibayar oleh ramai orang.

 Penyusutan Nutrisi dalam Makanan
Tanah untuk pertanian semakin berkurangan untuk memberi laluan kepada sektor perindustrian dan lain-lain.Nilai nutrisi dalam tumbuhan (buah dan sayur) akan berkurangan apabila tanah digunakan berulang kali untuk pertanian. Benda ni kita dah belajar masa sekolah dulu kan?

Cara masakan kita juga sering memusnahkan nutrisi yang terdapat pada tumbuhan tersebut. Kalau Izan, bila masak suka yang goreng2,tumis2..yang rebus2 tak suka sangat.  Sayur yang dimasak terlalu lama merosakkan vitamin yang terkandung di dalamnya. Apa yang tinggal? Kita makan  sisa2 serat sayur sajalah nampaknya.

Sebelum itu pun, buah-buahan  ni pun dah puas berpindah randah dari ladang,gudang sampai lah ke kilang. Bila dah ada di kedai, kandungan vitamin buah-buahan tersebut mula menyusut. Kalu buah epal tu, puas dah turun naik kapal terbang.


Pendedahan Terhadap Pencemaran

Setiap hari kita kita terpaksa menghidu asap kenderaan, asap rokok dan sentiasa terdedah dengan persekitaran yang sangat tidak sihat. Lebih-lebih lagi orang yang kerjanya di makmal kimia macam aku ni. Walaupun pelbagai langkah berjaga-jaga diwujudkan...belum tentu semua orang ikut. Pencemaran udara menjadikan tubuh kita banyak menghasilkan radikal bebas yang memudaratkan kesihatan.Secara langsung benda- benda ini mendedahkan kita kepada banyak risiko termasuklah kanser.



Gaya Hidup Tidak Sihat

Tabiat tidak menjaga pemakanan seperti tidak makan pada waktu makan, terlalu banyak makan boleh memudaratkan kesihatan. Pengambilan makanan rapu membekalkan badan dengan bahan yang tidak perlu contohnya MSG, garam, gula berlebihan dan sebagainya

Stress,kepenatan dan sebagainya juga menyebabkan banyak nutrien seperti B kompleks mudah musnah.


Penyerapan Nutrisi Yang Terganggu

Pengambilan ubat-ubatan dan kafein juga mengurangkan keupayaan badan untuk menyerap vitamin dari makanan.Dahlah banyak makan rapu. Makanan yang berkhasiat pula dah tercemar. Tinggal yang sikit2 tu  tak dapat pulak diserap. Kasihan saya!huhuhu

Keperluan Lebih Tinggi Terhadap Nutrisi Tertentu 

Sesetengah individu seperti ibu mengandung dan menyusukan memerlukan dos yang lebih tinggi bagi nutrien tertentu seperti vitamin C. Biasa kita dengar, ibu yang menyusukan sering mengalami masalah bengkak gusi,gigi rosak dan sebagainya. Ini semua adalah kesan kekurangan nutrisi dalam badan individu tersebut

So...rasanya perlu ke kita ambil vitamin  :)


Ingin mencuba produk Shaklee? Email izan di i_izan@yahoo.com atau sms 012-2767170. Jangan tunggu lagi!!

Labels: ,