Salam Aidilfitri

Hari ni dah seminggu kita menyambut Syawal  1432 tahun ini. Letihnya rasa badan. Petang tadi baru  balik dari Perak..Untuk yg tak tahu..aku ni org Johor & husband plak org Perak..Maka, beginilah rutin kami setiap tahun..mengukur highway dari Selatan ke Utara...Alhamdulillah..jalan tak lah sesak sangat petang tadi. Kenderaan banyak tapi masih ada pergerakan.Taklah seperti tahun-tahun yang lalu. Cuma...hujan kat dua tiga tempat..so..traffic slow sikit. 

Musim-musim raya ni memanglah makan jadi aktiviti utama. Nak kata apa..orang Malaysia memang murah dengan makanan. Dalam bersenang lenang...jangan dilupa mereka yang susah yer..bantulah sekadar yang termampu. Tak lupa..takziah kepada keluarga Jurukamera BernamaTV Noramfaizul Mohd. Nor, 39, meninggal dunia setelah terkena tembakan curi semasa membuat liputan Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia dan BAKTI di Mogadishu, Somali. Kita sama-sama sedekahkan Al Fatihah pada arwah...moga roh nya dicucuri rahmat Allah...amiinnn

Husband & anak -anak pun nampaknya tak berapa sihat 2/3 hari ni.Kejap selsema,batuk & panas. Mungkin cuaca tak menentu hujan & panas. Nasib baik juga budak-budak ni pun tak berapa suka ais..kalau tidak..lagi kuat penangannya.

Yang seronok nya...husband dah pandai plak minta Vita C  bila hidung mula berair. Pandai pula patahkan & ambil dua biji sekali. Dia pun dah mula mengakui..kesan vita C memang segera. Tapi harus diingat..Vita C bukanlah ubat yer :)

Aku pun kena double intake Vita C juga sebab Hadif pun selesema. Alhamdulillah...nampak berkurangan. Yang penting terus mandikan anak walaupun selsema. Bila malam..sapukan minyak di dada,belakang dan kaki. Pakaikan stokin ..insyaAllah..itu usaha yang boleh kita lakukan. Selebihnya berserah pada Allah & jumpa doktor jika tiada sebarang perubahan.

Ok lah..malam makin larut. Jumpa lagi esok :)


Ingin mencuba produk Shaklee? Email izan di i_izan@yahoo.com atau sms 012-2767170. Jangan tunggu lagi!!

Labels: ,