'Supermak'

Korang tengok tak cerita supermak kat TV3 tu. Ala....yang heroinnya Nasha Aziz tu! Kalau nak diikutkan aku rasa aku ni pun 'supermak' jugak. Cuma ..kadang-kadang lebih kepada 'kelam kabut mak'. Semua benda nak dibuat. Semua benda nak nampak sempurna. tapi..paling takut bila seorang 'mak' mula lupa menjadi seorang 'isteri'. Ingatan untuk diri sendiri...Nauzubillah....

Seawal pagi kena bangun..menyiapkan semua urusan. Pi keje daripada pukul 8-5pm.Balik sambung lagi keje umah. Penat macam mana pun kena masak  sebab ada orang nak makan. Tapi,cukup bertuah dapat suami & anak yang tak berkira sangat. Makan apa yang ada dan ada kalanya tolong masak sama :)

Aku pun baru belajar buat online biz,jual baju,kasut baby & kanak. Jenguk2 lah yer...kot2 ada yang berkenan. Jangan dilupa juga Shaklee buah hati ni. satu lagi cabang biz yang asalnya cuma untuk perkongsian...Akhirnya, jatuh cinta & makin kukuh ikatan!Berbunga nyer ayat malam ni :)

Dalam waktu yang sama, aku juga pelajar pengajian jarak jauh USM ijazah pertama dalam jurusan Kimia.Tahun ni masuk tahun kedua. Nasib baiklah kebanyakan kelas boleh streaming tapi ada masanya kena turun pusat wilayah juga untuk buat lab. Belajar sendiri ada susah senangnya. Perkara yang paling susah adalah untuk menguruskan masa. Sampai sekarang pun aku masih ting tong & selalu hilang fokus. Perancangan ada tapi selalu tak terlaksana sebaiknya.

Malam ni rasa letih sangat. Badan mula sakit..hidung pun mula sok seh sana sini. Nak kena demam raya jugak ker?So, plan malam ini tido awal ...Esok..bangun & plan semula hidup yang tunggang langgang ni...Sebelum tu ambil 2 biji Vita-C dan patah dua untuk kesan segera.Ostematrix jangan lupa supaya tido lebih lena. 3 biji lecithin dah makan lepas dinner tadi...supaya badan makin anggun!hehehe Lastly,bawalah bekal air bila tido..cuaca malam panas betul sekarang ni...ker...sebab rumah aku tak ada air cond :)

'Supermak' kena cukup tido,cukup makan, cukup rehat. Kalau ada yang kurang kena tambahkan contohnya ambillah suplemen kalau dah tahu hari2 tido,makan & rehat tak cukup :) Dan...kena byk2 doa supaya kita kuat!kuat!kuat!

Ingin mencuba produk Shaklee? Email izan di i_izan@yahoo.com atau sms 012-2767170. Jangan tunggu lagi!!

Labels: ,