Kolesterol

Hari ni kita cuba kenali istilah- istilah yang berkait rapat dengan masalah kolesterol. 
Bila dah kenal,mudahlah untuk kita memahami asal usul dan peri pentingnya kolesterol dalam hidup. 
Kalau tak,bila sebut kolesterol...semuanya negatif.
Silap..kolesterol pun ada kepentingannya :)
Apa itu Kolesterol ?
Kolesterol adalah sejenis lemak di dalam badan manusia
yang merupakan komponen asas untuk membran sel,
penghasilan hormon, asid hempedu serta vitamin D. Hati
manusia boleh menghasilkan kolesterol secara semulajadi.
Kolesterol terdapat di dalam makanan bersumberkan
haiwan. Tumbuh-tumbuhan tidak mengandungi kolesterol

HDL (Kolesterol Baik )
Berfungsi mengangkut kolesterol dari saluran darah ke
hati untuk perkumuhan dan penyimpanan. Aras HDL yang
rendah akan membahayakan kesihatan.

LDL (Kolesterol Jahat)


 Berfungsi mengangkut kolesterol dari hati ke saluran darah
untuk peranan lain. Aras LDL yang tinggi akan menganggu
sistem peredaran darah yang normal dan membahayakan
kesihatan anda.

TG (Trigliserida)
Sejenis lemak ringkas di dalam aliran
darah. Paras TG yang tinggi dikaitkan
dengan pengambilan makanan bergula
dan buah-buahan secara berlebihan.
Paras TG yang tinggi juga menyumbang
kepada peningkatan LDL atau penurunan
HDL.
 
Hiperkolesterolemia
Hiperkolesterolemia adalah satu keadaan di mana kolesterol
di dalam badan adalah melebihi aras normal. Kolesterol
yang berlebihan akan termendap di saluran darah dan akan
menyempitkannya. Ini akan menganggu sistem peredaran
darah yang normal, seterusnya ia meningkatkan risiko anda
untuk mendapat penyakit darah tinggi dan jantung.

Entry akan datang kita belajar pulak, Berapakah paras kolesterol yang terbaik untuk kita?

Ingin mencuba produk Shaklee? Email izan di i_izan@yahoo.com atau sms 012-2767170. 
FREE consultation... Jangan tunggu lagi!!

Labels: , , ,