Shaklee Family Wellness Programme

Lamanya tak meng'update' blog ini..sorry kawan2 semua..kadang2masa tak mengizinkan..selalunya Izan menaip di hati & otak sahaja...merangka tulisan tapi akhirnya tak dapat diluahkan!hehehe

Sebenarnya, sekarang Izan berada di USM Penang untuk menghadiri kursus intensif selama 2 minggu. Bagi yang tak tau, Izan sebenarnya sedang mengikuti program pengajian jarak jauh USM.Tahun ni baru tahun kedua setelah menangguhkan pelajaran selama setahun kerana melahirkan anak ketiga, Hadif tahun lepas.

Alhamdulillah..menjadi pelajar semula sangatlah menyeronokkan walaupun ada masanya rasa terbeban dengan tugas di tempat kerja, keluarga dan tak lupa perkongsian Shaklee. Namun..kerana minat dan cita-cita izan gagahkan juga.

Kalau nak kata letih memanglah letih.Kita  bukanlah supermom atau superwife yang mampu untuk menguruskan semua benda dengan sesempurnanya. Adakalanya rasa stress, letih menjadi tak terkawal. Waktu makan tak tentu,bila masak pun mana sempat saja..asal kenyang!Waktu ni barulah terasa pentingnya suplemen dalam hidup kita.

DalamShaklee, terdapat satu program pemakanan untuk asas kesihatan yang baik.

FAMILY WELNESS PROGRAMME
Set ini mengandungi Energizing Soy Protein (ESP), Vitalea. Vita C dan B compelex.

Secara asanya ia berfungsi seperti berikut :

ESP :
untuk pertumbuhan dan pemulihan sel baru
  
Vitalea :  
multivitamin yg lengkap dengan formula zat besi.
Pemakanan lengkap kpd sel.

Vitamin C :
penting dalam imunisasi dan penyokong pembentukan kolagen.

B complex :
vitamin B yg lengkap dengan 8 kumpulan B.
bertindak sebagai penenang dan penstabil hormon.
penting dalam menyokong pembentukan kolagen.


Kenapa kita bercerita tentang sel?

Manusia adalah benda hidup yang asasnya adalah sel. Maka, kita harus sedar..tanpa sel yang SIHAT..tak mungkin MANUSIA boleh sihat.

Mengambil suplemen tidak semestinya kita mengabaikan pemakanan yang sihat tetapi...suplemen membantu apabila badan kita memerlukan nutrien dalam dos yang lebih tapi tidak mampu dipenuhi oleh cara pemakanan kita. Ramai yang menyangka..cukup makan maka cukup zat sedangkan banyakfaktor persekitaran seperti pencemaran,stress dan sebagainya menyebabkan zat-zat ini mudah musnah sebelum diserap oleh tubuh kita

tepuk dada..tanya hati kita :)

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

Ingin mencuba produk Shaklee? Email izan di i_izan@yahoo.com atau sms 012-2767170. 
FREE consultation... Jangan tunggu lagi!!

Labels: ,