Kelebihan Kurma

Bila tiba bulan Ramadhan,pasti ramai yang mula mencari-cari kurma.
Kurma merupakan sejenis tumbuhan Palma dan kebanyakannya tumbuh di negara-negara
Arab. Antara kurma yang terkenal ialah kurma Mekah dan Madinah yang dikatakan mempunyai
pelbagai jenis. Kurma boleh dimakan secara mentah atau dimasak.

Kurma sering menjadi pilihan utama ibu2 yang mengandung dan menyusukan anak.
Di antara kelebihan kurma kepada ibu-ibu ini adalah :
1. Kaya dengan fosforus dan kalsium untuk merangsang penghasilan air susu ibu.
2. Zat besi yang mengurangkan risiko terjadinya pendarahan bagi ibu mengandung.
3. Potassium yang sangat kuat pengaruhnya untuk menyesuaikan kadar asid dalam perut.
4. Kandungan gulanya mudah diserap badan dan memberi tenaga segera apabila berbuka puasa.
5. Vitamin-vitamin lain yang mampu menampung keperluan nutrisi pada tubuh, seterusnya melawan penyakit-penyakit.
6. Mengandungi kesan untuk menenangkan urat saraf. Ibu mengandung yang dalam keadaan melahirkan amat memerlukan buah kurma ini.
7. Membantu mengecutkan rahim, sebagaimana dilakukan Sayyidah Maryam a.s yang memakan buah kurma selepas melahirkan Nabi Isa a.s.

Jadi bagi orang-orang yang mementingkan kesihatan mereka agar sentiasa dapat dijaga dengan baik, buah kurma adalah amat sesuai dijadikan sebagai salah satu makanan harian mereka khususnya di waktu pagi sebelum memulakan sebarang tugas harian. Khasiat kurma juga adalah sesuai dan baik bagi pertumbuhan kanak-kanak.
Mudah-mudahan dengan amalan memakan kurma yang berterusan, kita terhindar daripada berbagai kemungkinan dan dapat meneruskan tugas harian serta beribadat kepada Allah Subhanahu Wata’ala.

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease  

Ingin mencuba produk Shaklee? 
Email izan di i_izan@yahoo.com/sms 012-2767170. 
FREE consultation... Jangan tunggu lagi!!

Labels: