Kurma Makanan Sunnah


Selain daripada kajian sains, kelebihan kurma juga telah lama dinyatakan dalam Al Quran dan Sunnah.
Ini menjadi bukti, betapa tinggi khasiat kurma tanpa mengira peringkat umur atau jantina.
Di antara sumber rujukan tersebut adalah :

1. Diriwayatkan daripada Abdullah bin Jaafar, katanya : “Aku melihat Rasulullah SAW
memakan buah-buahan dengan kurma masak.

2. Diceritakan oleh Jumaah bin Abdullah yang disampaikan oleh Marwan yang mendapat
berita daripada Ibnu Hashim bahawa Amir bin Saad mendengar bapanya meriwayatkan
bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : “Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ajwah dia
akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu”.

3. Ketika Maryam, ibu kepada Nabi Isa a.s mengandungkan baginda, Allah berfirman yang
bermaksud :
“Dan gegarlah ke arahmu batang pohon tamar itu, supaya gugur kepadamu buah tamar yang
masak..” (Surah Maryam : 25)
Ayat di atas menjelaskan tentang kelebihan buah kurma kepada kaum wanita yang
sedang dalam keadaan nifas. Allah s.w.t memerintahkan Maryam memakannya sedang
beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin.
Buah kurma mengandungi unsur zat besi dan kalsium yang tinggi bagi membentuk
susu ibu. Para ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu digalakkan memakan
kurma untuk pertambahan kandungan susu.

4. Daripada Anas yang bermaksud :
“Rasulullah s.a.w berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum mendirikan
solat. Sekiranya tiada terdapat kurma, maka Baginda Rasulullah s.a.w akan berbuka
dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum
beberapa teguk air.” (Hadis riwayat Ahmad)
Diriwayatkan oleh Anas bin Malik, beliau berkata : “Rasulullah s.a.w berbuka dengan
kurma dan barangsiapa yang tidak mendapatkannya maka hendaklah ia berbuka
dengan air kerana sesungguhnya air itu pembersih.”

5. Daripada Adiy bin Hatim, beliau berkata : “Saya mendengar Rasulullah s.a.w
bersabda, “Hindarilah api neraka walaupun (dengan memberi sedekah) sebelah buah
kurma.””

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease  
Ingin mencuba produk Shaklee? 
Email izan di i_izan@yahoo.com/sms 012-2767170. 
FREE consultation... Jangan tunggu lagi!!

Labels: