2013..Apa azam tahun baru ?

Alhamdulillah,jumpa jugak tahun 2013, maka tak benar belaka lah andaian Kiamat 2012 tu. Sesungguhnya Allah jua yang mengetahui segala perkara yang tersembunyi....

Surah Luqman, Ayat 34

Sesungguhnya di sisi Allah pengetahuan yang tepat tentang hari kiamat dan Dialah jua Yang Menurunkan hujan dan Yang Mengetahui dengan sebenar-benarnya tentang apa yang ada dalam rahim (ibu yang mengandung) dan tiada seseorang pun yang betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (samada baik atau jahat); dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Amat Meliputi pengetahuanNya.
Kalau tanya pada Izan,apa azam tahun baru?
Tak cukup kertas nak menjawab. Macam2 terlintas dalam kepala ni.Tak payah tunggu tahun baru, tiap2 hari beratur impian keluar..

Tapi..cerdik pandai kata,impian takde makna kalau tak ditulis,dirancang dan dilaksanakan,Senang cerita 'angan2 Mat Jenin' ...mat jenin jugak yg buruk nama kan

Macam mana nak pastikan IMPIAN kita tu bukan ANGAN2 ?
Jom ikuti tips dari Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah
1.Bentuk niat yang tulus & harap redha Allah,
2.Matlamat yang membakar semangat tapi munasabah,
3.Buang tanggapan yg negatif tentang diri,
4.Elak fikir negatif tentang segala perkara-- fikir itu doa!
5.Belajar daripada orang yg berjaya,
6.Jangan tergugat dgn komen negatif orang lain,
7.Lakukan langkah demi langkah-- jangan tak sabar,
8.Elak tangguh2 untuk lakukan perkara yang baik,
9.Amalkan dengan istiqamah selama 40 hari, sbb tabiat baru terbentuk dlm 40 hari,
10.Banyak berdoa & tawakkal kepada Allah SWT. 

Ingat ayat sorang kawan time bujang2 dulu,
'Impian demi impian,Yang tinggal cuma harapan'
Itulah yang terjadi bila impian cuma harapan..
Tak ada matlamat,perancangan dan pelaksanaan.
Apa yg saya share kat sini, sebenarnya... peringatan untuk diri sendiri juga,
Maklumlah ...saya kan orang Melayu & Melayu Mudah LUPA :)

Ingin mencuba produk Shaklee? 
Email : i_izan@yahoo.com 
Sms/whatsapp : 012-2767170. 
ID shaklee: 852405 
COD/Self Pick-up istimewa untuk anda yang berada berhampiran Bandar Baru Bangi,Bandar Baru Salak Tinggi,Kota Warisan,Dengkil, Putrajaya,KLIA, Nilai & Sepang