Berderau darah masa mula-mula dengar berita ni kat TV.
Maklumlah, dua orang kanak-kanak kat rumah ni memang 'peminum' susu tegar Dugro. Dugro ni sedara mara kepada Dumex juga.
Alhamdulillah, cuma beberapa produk saja yang terlibat dan pada batch tertentu saja.
Tindakan ini pun diambil sebagai langkah berjaga-jaga kepada pengguna.
Izan letakkan artikel daripada Bernama untuk rujukan kita bersama
4 Ogos 2013
KUALA LUMPUR: Danone Dumex (Malaysia) Sdn Bhd (Danone
Dumex) menarik balik keluaran terhad Dumex Dupro, Mamex Cherish, Mamex
Explore dan Bebelac sebagai langkah berjaga-jaga untuk pengguna.
Danone Dumex, dalam kenyataan di sini hari ini, berkata Fonterra
memaklumkan Danone Dumex Malaysia bahawa satu daripada ramuan mereka
mempunyai potensi isu kualiti.
"Keselamatan pengguna adalah
keutamaan utama kami. Tiada produk yang diuji dan dijual di Malaysia
menunjukkan sebarang pencemaran, tetapi dengan maklumat terbaharu yang
diterima daripada Fonterra, kami membuat keputusan untuk mengambil
langkah berjaga-jaga menarik balik kumpulan tertentu produk kami," kata
kenyataan itu.
Semalam pihak berkuasa New Zealand mengeluarkan
amaran mengenai 'whey protein concentrate' (WPY) dalam keluaran Fonterra
kerana disyaki dicemari dengan Clostridium botulinum, yang boleh
menyebabkan keracunan makanan.
WPC merupakan bahan dalam
formula bayi, susu tepung dewasa dan minuman sukan. Dilaporkan bahawa
produk-produk itu dieksport dari New Zealand ke beberapa negara termasuk
Malaysia.
Maklumat terbaharu itu juga menunjukkan bahawa
beberapa bahan yang dibekalkan kepada Danone Dumex mungkin dicemari.
Atas sebab itu, Danone Dumex mengambil langkah berjaga-jaga di Malaysia.
Produk yang ditarik balik ialah Dumex Dupro Step 2 dengan nombor batch
04263B2, 04273B2, 05033B2, 05093B2, 05153B2, 05223B2, 05233B2, 05143T1,
05153B1, 04263B1, 04273B1, 04273B2, 05033B1, 05033B2, 05093B1, 05093B2,
05153B1, 05153B2, 05223B1, 05223B2 dan 05233B1;
Mamex Cherish
Step 1 dengan nomobor batch 06103T1, 06213B1, 06213B2, 06053R1, 06123R1,
06093T1 dan 06213B1; Mamex Explore Step 2 dengan nombor batch 06093T1,
06123R1, 06213B1 dan 06213B2; dan Bebelac Step 2 dengan nombor batch
05023R1 dan 05033R1.
"Pengguna tidak boleh memberikan produk
dengan nombor batch itu kepada bayi. Jika anda telah menggunakan
produk-produk itu untuk bayi anda dan bayi itu menunjukkan tanda-tanda
sakit, hubungi segera pakar perubatan sebagai langkah berjaga-jaga,"
kata kenyataan itu.
Danone Dumex memohon maaf atas kesulitan disebabkan perkara itu dan pengguna
yang memiliki produk-produk itu boleh menghubungi Careline di talian 1-800-38-1038.

5 Ogos 2013
Pihak Fonterra Malaysia juga mengesahkan semua jenama produknya yang dipasarkan di Malaysia tidak terjejas dengan isu pencemaran.
Pengarah Urusan Fonterra Brands Malaysia David Ross dalam kenyataan
hari ini berkata: "Semua produk jenama kami di Malaysia tidak terjejas
dengan isu itu dan selamat untuk digunakan".
Beliau berkata semua produk jenama Fonterra di Malaysia temasuk Anmum, Anlene dan Anchor/Fernleaf selamat untuk digunakan.
Ingin mencuba produk Shaklee?
Email : i_izan@yahoo.com
Sms/whatsapp : 012-2767170.
ID shaklee: 852405
COD/Self Pick-up istimewa untuk anda yang berada berhampiran Bandar Baru Bangi,Bandar Baru Salak Tinggi,Kota Warisan,Dengkil, Putrajaya,KLIA, Nilai & Sepang