Pray For MH370

Sehingga entry ini ditulis jam 12.34pm 10 Mac 2014 masih tiada sebarang petunjuk jelas apakah status sebenar pesawat MAS yang dilaporkan hilang sejak jam 2.40am 8 Mac 2014 yang lalu. Pesawat milik Malaysia Airlines (MAS) yang dalam perjalanan ke Beijing, China dan membawa 227 penumpang serta 12 anak kapal itu terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Subang jam 2.40am 8 Mac 2014 setelah berlepas dari KLIA jam 12.41am hari yang sama.

Pelbagai spekulasi dikeluarkan sama ada dari orang awam mahu pun mereka yang pakar dalam bidang yang berkaitan.
pesawat MAS hilang

Izan sendiri masih tak tentu rasa sekarang ni. Nak buat sharing di FB atau blog pun tak ada mood. Petang semalam terlelap sampai termimpi2 baca status FB "Alhamdulillah pesawat MAS MH370 yang hilang telah dijumpai'

Sedangkan kita yang hanya 'orang jauh' boleh rasa macam ni...macam mana lah plak agaknya saudara mara dan rakan terdekat penumpang dan anak kapal yang terlibat. Hati ini masih tak mampu nak menulis perkataan 'mangsa'. Jauh di lubuk hati, izan masih berharap mereka masih selamat dan akan kembali juga dalam masa terdekat.

Apa yang mampu kita lakukan sekarang hanyalah berdoa semoga mereka diberi kesihatan dan keselamatan. Segala yang berlaku pasti adea hikmah yang tersirat. Yang pasti...Allaha itu MAHA BERKUASA. Pakar segala pakar pun tak mampu melawan jika itu kehendak dariNYA.

Ingin mencuba produk Shaklee? 
Email : i_izan@yahoo.com 
Sms/whatsapp : 012-2767170. 
 ID shaklee: 852405