Balik Kampung Suami Atau Isteri

Topik paling hangat bila di bulan Ramadhan
Raya ni kita balik mana ? 
Kampung suami ?
Kampung isteri ?
Tak kiralah surirumah, bekerja, kerja sendiri atau makan gaji pasti takkan terlepas topik ni. Percaya tak ? Saya dan suami dan suami tak pernah pun bincang topik ni.

Sejak berkahwin pada 2002, kira- kira 12 tahun lepas kami dah sepakat KITA BERGILIR BALIK KAMPUNG. Tahun- tahun yang pertama memang rasa sedih sangat sebab boleh balik raya 3 tahun sekali saja! Sebab apa ? Suami kerja sebagai chargeman, so dia ada giliran untuk 'on call' biasanya setiap 2-3 tahun sekali. Waktu tu kami tinggal di kuarters kerana keperluan tugas suami.

Tahun pertama kahwin kami beraya di kuarters saja. Waktu tu tengah sarat mengandung anak pertama. Menangis-nangis telefon mak bak sebab tak dapat balik beraya. Tahun kedua suami dengan rela hati bagi peluang beraya di kampung saya di Batu Pahat, Johor. Tahun ketiga seperti yang dijanjikan kami beraya di kampung suami di Batu Kurau, Perak pulak.

Opppsss... walaupun bergilir tahun, kami masih balik kedua-dua kampung jugak. Macam mana tu ?
Giliran balik kampung hanya menentukan kampung mana nak balik dulu. Raya kedua kami akan gerak ke kampung yang satu lagi. Memang ukur Highway PLUS lah sebab sorang di utara sorang di selatan. Raya punya pasal gagahkanlah jugak!

Alhamdulillah, keluarga dua-dua belah pihak pun boleh terima. So, tak adalah sebarang masalah berbangkit. Ada satu tahun saja yang kami kena tukar sikit jadual sebab kebetulan adik nak kenduri kahwin lepas raya, so tahun tu kami tak balik kampung yang sepatutnya sebab nak cuti panjang untuk kenduri lepas tu.

Enam tahun kebelakangan ni lebih seronok lagi sebab kami dah keluar kuarters. Suami pun tak terlibat dengan 'on call' lagi. Giliran pun jadi lebih pendek, boleh balik kampung masing-masing setiap dua tahun. Waktu pertengahan puasa pula kami akan balik ke kampung yang ' tak terpilih' tu. Kira adil lah kan.

Anda-anda di luar sana pakat baik-baik ya. Jangan kerana nak menyambut raya kita bergaduh anak beranak pulak. Tak seronoklah kan. Salam Ramadhan semua !!!

Ingin mencuba produk Shaklee? 
Nak join biz Shaklee ? 
Sms/whatsapp/call : izan 012-2767170 
Email : diarisihat@gmail.com