Pusat Permainan Kanak-kanak di Salak Tinggi

Dah lama sebenarnya nak kongsi cerita pasal tempat ni. Kali ni tak boleh tahan dah bila tengok perkembangan Hadif yang makin baik ! Mula mula datang dulu tak berenggang langsung. Mama pun kena duduk sekali main lego tu. Bila dah kerap datang ,izan dah boleh lepas tangan, nampak confident level dia makin tinggi.


 

Izan dan anak-anak start pergi tempat ni lama dah, dari mula-mula buka rasanya. Biasanya update di Facebook saja share dengan kawan-kawan saja. Dalam 1 bulan, at least 1-2 kali mesti datang. Yang ni tokey dia kena check kat registration book !Anak-anak gelar tempat ni Mini Legoland. Tuan punya tempat ni pun rasanya pernah guna nama ni dulu.
diarisihat
Tengok diorang 3 beradik main...feeling ala2 kat Legoland JB
diairisihat
Ni Faiz...Hadif pun dah berani main lompat-lompat sekarang
diarisihat
Kakak susun tinggi tinggi...datang adik habis semua !

Apa yang bestnya tempat ni ?

SELAMAT
Pusat permainan kanak-kanak ni terletak dalam premis yang tertutup. Lepas kita register anak-  anak, staff akan kunci pintu masuk. So, budak-budak tak lah bebas keluar masuk. Kalau anak-anak kita dah besar dan boleh urus diri sendiri, boleh minta kebenaran untuk tinggalkan anak-anak. Sementara tu, kita bolehlah selesaikan urusan lain macam ke kedai ke...nak ke spa pun sempat !

diarisihat
Mak ayah kalau nak join sekali main pun boleh !
SELESA     
Bila dalam keadaan tertutup, pastinya lebih selesa. Anak-anak tak terdedah kepada cuaca panas dan sebagainya. Maklumlah dengan keadaan cuaca sekarang yang tak menentu, tambah pula dengan jerebu sedikit sebanyak menjejaskan kesihatan anak-anak. Premis ini juga dilengkapi dengan kipas besar berdiri dan dinding untuk peredaran udara yang lebih baik
diarisihat

diarisihat
suka tengok bila Hadif dah confident nak ikut laluan ni
MURAH
Kita perlu bayar RM5 saja untuk 1 jam. Mana nak dapat harga semurah itu kan ?
Boleh main puas-puas tanpa ada sekatan

diarisihat
Boleh baring-baring dalam kolam bola lagi

Untuk mak ayah pun ada disediakan 'reading corner'. Orang yang suka membaca macam izan memang seronoklah. Kadang-kadang tak sedar anak main dah dekat 2jam sebab mak sendiri khayal membaca. Ada majalah-majalan lama macam Anis,Nur dan sebagainya.

Waktu hujung minggu atau cuti sekolah ada juga kelas sains dan kreatif tapi kami selalu terlepas yang ni sebab tarikh bertembung dengan program lain.

Biasanya izan akan bawak bekal PD untuk anak-anak. Bila dah main memang tak ingat apa...tau-tau mintak PD bila dah dahaga ! Balik tu tak sah kalau tak ke mamak Nija pulak

Jemputlah jamu mata dengan gambar anak-anak bertuah ni.

Lupa plak nak bagitau, pusat permainan ni terletak di lot kedai berdekatan Taman Mawar Fasa 3 BB Salak Tinggi. Kalau dari jalan besar Salak Tinggi ke Jenderam, boleh nampak Pejabat Pendidikan Sepang, lokasi dia kat belakang tu je.

Kalau nak dapat lebih info boleh ke FB Pusat Permainan Kanak-Kanak                                                                                              
Ingin mencuba produk Shaklee? 
Nak join biz Shaklee ? 
sms/whatsapp/call : izan 012-2767170 
email : diarisihat@gmail.com