Tips Baikpulih Barang Elektrik Selepas Banjir

Waktu saya berkongsi 'entry' ini, kita masih lagi dalam mode sayu...sedih mengenangkan nasib mangsa- mangsa banjir terutama sekali di pantai timur dan utara Malaysia. Walaupun terdapat kawasan yang telah surut air nya, masih ada juga kawasan yang masih dalam keadaan kritikal sambil menunggu bantuan luar. Doa kami, moga segala usaha dipermudahkan dan diberikan kekuatan kepada mereka untuk menghadapi suasana yang meruncing ini.

banjir surut
sumber : google
Bagi yang telah kembali ke rumah, pasti buntu melihat kerosakan dan kemusnahan di sana sini. Tak tahu mana nak didahulukan. Sambil-sambil scroll FB tadi, ternampak ada kawan share pasal tips mengendalikan barangan elektrik selepas banjir surut. Mengikut penulis asal, tidak semua barang elektrik tersebut rosak. Ada kemungkinan ia hanya kotor di bahagian luar kerana diselaputi oleh lumpur. Untuk lebih jelas, kita ikuti ulasan beliau seperti di bawah.

Siapa ada pengalaman baik pulih barang elektrik?
========================================
Nasihat Kpd Mangsa Banjir

Ini juga adalah dari pengalaman saya menjadi mangsa banjir besar di Jitra Kedah pada tahun 2005.
Bila banjir surut , anda masuk rumah dan anda dapati TV , peti ais , mesin basuh , table fan , peralatan letrik dapor dan lain2 perkakas letrik termasuk PC atau laptop berselerak lintang pukang macam sampah ..... jangan ingat itu semua dah jadi sampah yang perlu dikutip buang.
Ingat lah komponen barangan letrik itu bukanlah diperbuat daripada garam atau gula yang melarut bila kena air .... ia sebenarnya diperbuat dari plastik dan logam yang tidak terjejas sikit pun bila kena air jika tiada arus letrik mengalir pada saat ia tenggelam dlm air. So berkemungkinan besar tak ada apa yang rosak pada peralatan2 itu. Cuma ia nampak kotor kerana diselaputi lumpur.

Apa harus anda buat  ???
1. JANGAN SEKALI2 CUBA MENGHIDUPKAN UNTUK TEST IA MASIH OK ATAU TIDAK.
2. Kumpul semua peralatan letrik , kemudian tembak air untuk membersihkan lumpur disetiap bahagian.
3. Buka back cover atau sebarang penutup yang boleh dibuka sehingga menampakkan komponen dalam peralatan , kemudian tembak air untuk membersihkan lumpur.
JANGAN MEMBERUS , JIKA PERLU GUNA BERUS CAT UNTUK MENYENTAL LUMPUR YG DEGIL
3. Bila dah rasa cukup bersih , jemur tengah panas 2-3 hari sehingga puas hati tiada air atau kelembapan pada komponen dalamnya.
4. Jika ada hair dryer tiupkan udara panas kebahagian yang sulit supaya betul2 kering.
5. Pasangkan balik back cover atau penutup.
6. Hidupkan untuk test OK atau TIDAK.

Percaya atau tidak sehingga hari ini saya masih menggunakan TV , peti sejuk , mesin basuh , kipas meja dan beberapa peralatan letrik yang tenggelam masa banjir tahun 2005. Kira2 90% barangan letrik yang tenggelam banjir dapat digunakan semula oleh saya dan keluarga.

YANG PENTING SABAR & TABAH MENGENDALI KERJA BAIK PULIH PERALATAN LETRIK YANG SEBENARNYA TIDAK ROSAK PUN KERANA BANJIR.

Untuk membantu mangsa2 banjir supaya mereka dapat mengurangkan belanja membeli peralatan letrik yang baru .... TOLONG C&P POSTING INI DAN FORWARD KEPADA RAKAN/KENALAN YANG JADI MANGSA BANJIR.
Mudah2an kita membantu ......

# Terima kasih kepada penulis asal perkongsian ini #

Ingin mencuba produk Shaklee? 
Nak join biz Shaklee ? 
sms/whatsapp/call : izan 012-2767170 
email : diarisihat@gmail.com