Sesetengah vitamin pula membantu tubuh menghasilkan sel-sel darah dan hormon. Biasanya, tubuh kita tidak dapat menghasilkan banyak mikronutrien. Oleh sebab itu, anda perlu mendapatkannya, sama ada daripada makanan atau suplemen(makanan tambahan seperti vitamin) yang lain.
Ubat ialah dadah atau bahan yang diambil untuk mengurangkan simptom atau mengubat sakit. Sesetengah ubat hanya memberi kelegaan sementara atau 'tahan sakit' sementara badan kita membina antibodi untuk melawan sakit tersebut contohnya seperti demam makan p******.
Sebagai pengamal suplemen.selalu orang akan tanya. Kalau makan suplemen kita sihat jer ker?Makan suplemen ni boleh ubat gatal-gatal anak saya ni tak?Produk ni boleh tambah susu tak?
Sejujurnya,saya sendiri tak dapat nak bagi jawapan "gerenti baik kak!"
Pada kes tertentu :
- Suplemen membantu mengurangkan ketidakselesaan pesakit. Contohnya, kawan saya Cik Yus yang mengamalkan suplemen untuk mengawal penyakit psoriasis yang dihidapinya. Boleh baca cerita dia kat sini
- Suplemen seperti alfalfa dan kalsium diambil oleh ibu yang menyusukan anak untuk menambah kuantiti susu yang dihasilkan.Suplemen tidak kan membantu sekiranya ibu ini tidak mempraktikkan syarat utama iaitu kerapkan penyusuan/pam konsisten,minum lebih air dan tiada usaha serta tawakal atas kuasaAllah.
- Suplemen diambil untuk memperbaiki keadaan kesihatan. Contohnya,ibu mengandung mengambil Vita-lea dengan zat besi kerana masalah anemia. InsyaAllah, jika istiqamah pasti ibu ini akan lebih bertenaga selepas ini.
Ada banyak lagi kes lain,maka, tak mungkin jawapan saya
"Gerenti...kalau awak makan suplemen ni...baik punyalah!"
Apa yang penting pada saya,suplemen pada dasarnya adalah usaha kita untuk mendapatkan kesihatan yang terbaik. Kesannya berbeza mengikut individu.Usaha..usaha dan usaha. Tanya diri ..Perlu ker saya ambil suplemen?
Ingin mencuba produk Shaklee? Email izan di i_izan@yahoo.com atau sms 012-2767170. Jangan tunggu lagi!!Labels: suplemen, ubat